PENGALAMAN MENGKHATANKAN ANAK | BERKHATAN SEAWAL USIA 5 TAHUN

Alhamdulillah pada tarikh 2hb Disember 2017 hari Sabtu bersamaan 12 Rabiulawal 1439h selepas keesokan hari Maulidur Rasul, anak aku Muhammad Iman Rasul telah selamat dikhatankan.


Aku memang plan nak khatankan Iman sebelum dia mula persekolan tahun depan 2018. Iman berusia 5 tahun 1 bulan 22 hari telah selamat dikhatankan.

Ada yang kata, kenapa awal sangat?
Kesian Iman kecik lagi.

Aku tahu Iman masih kecik dan masa kecik la aku nak khatankan dia. Sebab kalau dia menangis semasa nak dikhatankan pada usia dia dah besar nanti dia akan rasa malu. So kalau usia 5 tahun menangis nak dikhatankan orang akan kesian kat dia.

Sibuk nya macam pandai je baca.

Aku daftarkan nama Iman dekat Majlis Khatan Perdana 2017, anjuran JKKK & Masjid Jamiul Ehsan Kg,Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan dengan bayaran cuma RM100 sahaja.

Seramai 34 orang budak yang akan berkhatan padahal sebelum ni aku tahu 20 orang je. Sebelum aku daftar aku ada tanya Iman banyak kali pasal sunat ni bukan main terjah atau paksa tau.

Pengaruh cerita Upin Ipin (episod sunat) tu pun main peranan jugak. Iman rela hati bukan atas paksaan ibu bapa dia yang beria nak kan anak berkhatan awal.

Kemain senyum dia manis je.

Dalam goodies tu ada macam-macam benda, ada air kotak, biskut, gula-gula, air mineral, kain pelikat budak dan aturcara majlis.Sebelum dapat bag tu Iman kena daftar nama dan cabut nombor giliran.

Masa ni ibu bapa kena dengar ucapan Ketua Kampung juga dari tetamu undangan Y.B Tuan Mohd Khairuddin bin Othman Adun Paya Jaras dan taklimat dari Medical Team a.k.a Tok Mudim moden.

Penting untuk dengar taklimat tersebut supaya ibu bapa bersedia fizikal dan mental serta ambil peduli tentang penjagaan anak selepas dikhatankan untuk mengelakkan gejala yang tidak diingini.


Anak-anak dikumpulkan dahulu sebelum diarak serta diiringi oleh bunyi kompang. Bertuah budak-budak ni. Pengalaman sekali seumur hidup la kata orang. 

Macam-macam muka aku nampak yang ada kat sini masa ni. Ada muka teruja senyum sampai telinga, ada muka moody je, ada muka cool macam Iman.


Kemain diorang ni dah macam pengantin siap bunga pahar lagi tu. YB dan Ketua Kampung iring anak-anak ini ke belakang masjid untuk sesi mandi 'hujan' bomba.

Dulu-dulu kalau kat kampung, berarak satu kampung lepas tu bagi diorang mandi sungai lama-lama. Tujuan utama nak bagi 'anu' kecut sebab dulu-dulu mana ada bius-bius ni.

Dulu-dulu pun tak ada medical person atau doktor yang akan khatankan anak-anak. Hanya Tok Mudim je la dengan pisau lipat tajam dia tu.


Bila bomba sampai anak aku paling teruja sebab budak-budak dengan fire truck memang tak asing lagi kan. Dan juga pengaruh Upin Ipin kuat sangat ni. Hahaha.

Lepas tu mandi lah mereka dengan air 'hujan' bomba ni. YB mandikan diorang dengan ibu bapa sekali sampai basah sikit handphone aku tengah rakam.

Kalau aku tahu aku berdiri belakang dia tapi kang jauh pulak dari pada Iman. Aku suruh Ikhwan join mandi-mandi tu tak lama lepas tu dia tarik tangan abang Iman dia.

Rupanya Ikhwan takut sebab tu dia tarik tangan abang dia nak pergi kat aku rupanya. Aku dah nampak Ikhwan macam tak tentu arah nak nangis cepat-cepat aku panggil dia peluk aku.

Pasal tu kat dalam gambar ni Ikhwan tak ada sebab dia tengah peluk aku dengan basah-basah tu.


Ini lah nombor Iman menunggu giliran untuk dikhatankan. Memang serius lama aku tunggu sampai anak-anak aku mula bosan lepas tu diorang 'ukur' masjid.

Tahu 'ukur' masjid tu apa? Budak-budak apa lagi lari sana lari sini dari hujung sini sampai hujung sana lah. Hahaha.

Aku pulak dah start mengantuk sebab malam tu aku kerja pukul 2 pagi. Lepas pukul 7 pagi terus aku balik rumah kejutkan Iman dengan Ikhwan mandi dan siapkan diorang.


Dari kiri korang tu budak darjah 5 no 21, 22, 23, dan nombor 24 Iman lah umur 5 tahun. Nampak tak beza nya? So aku tak nak Iman dah besar macam tu baru nak dikhatankan.

Budak darjah 5 tu menangis tau dari mula bius aku agak lah sampai habis proses khatan. Aku nampak meleleh je air mata dia lepas tu mata pejam menahan sakit ke menahan takut ke entah.

So kesian dia bila orang tahu dia khatan menangis sebab dia dah 11 tahun.


Iman memang dah sangat bosan dan ada sesuatu dia simpan dari aku.
Sebab dia asyik tanya papa mana papa mana.

Papa dia jaga adik-adik dia yang masih lagi sibuk 'ukur' masjid tak sudah-sudah tu.Haha. Pastu Iman sibuk la nak pergi kat papa.


Iman dah mula kurang cakap masa ni. Dia diam je tapi bila aku tanya dia jawab lah cuma tanya sepatah jawab sepatah.

Aku pun, "sudah, dia dah mula takut ke ni".Getus hati kecil aku.


Serius masa ni dia memang tak tentu arah sampai main pun tak mahu dah. Masih cakap nak pergi kat papa nak pergi kat papa.

Aku pulak "sah, budak ni dah mula tunjuk 'tak nak' dia".

Sampai la nama dia dipanggil masuk...

Ada nampak Iman senyum?

Dan masa ni lama pulak Iman kena tunggu ingatkan panggil masuk terus boleh mula dah. Iman memang tak tentu arah dan mampu senyum kelat je walaupun aku bagi dia makan gula-gula.

Tiba-tiba...
"Mama, abg nak berak"

Aku pun cakap dengan petugas tu kata anak aku nak berak so giliran dia bagi orang lain dulu satu persatu kalau misal kata anak aku lambat sangat sampai kat bilik 'bedah' tu nanti.

Lepas Iman dah berak, memang dia tak mahu dah duduk kat kerusi tu sibuk nak balik. Muka aku dah tak ada darah. Hahahaha.

Sampai aku request kat petugas tu, bila 'tok mudim' dah ready baru panggil Iman masuk. Lepas je ada 'katil' kosong yang sebenarnya meja, terus aku dukung Iman bawak dia masuk. Iman pun start menangis dah dia. Huhuhu.

Bila baring je dia nak turun dari meja pulak lepas tu sibuk nak papa nak papa nak papa.
Aku pun panggil la papa dia masuk yang sebenarnya papa dia pun tak nak masuk sebab dia la paling takut during this process. Hahaha.

Start 'tok mudim' tanya nama dia je pun terus Iman meraung. 'Tok mudim' pun kata boleh pujuk dia dulu so kita bagi giliran kat orang lain lah. Berlaku lah sesi pujuk memujuk antara bapak dan anak. Aku pujuk tak jalan, so korang ingat bapak dia pujuk jalan ke?

Ada petugas lain cakap kalau boleh kita paksa dia kita akan pegang kaki dia. Ingat aku suka dengar diorang cakap macam tu. Macam nak sembelih anak aku pulak. Kami semua terpaksa keluar dulu dari bilik 'bedah' tu.

Aku dah nampak laki aku macam nak give up pujuk Iman. Aku pun dah sedia jawapan siap-siap andai kata laki aku tak jadi nak khatankan Iman. Last sekali aku jugak kena pujuk Iman sebab Idlan dah pun tertidur dekat papa dia. Ada la nampak Iman macam yakin sikit dalam 20% macam tu.

Dari giliran Iman nombor 24 terus jadi yang akhir sekali sebab dia memang tak nak langsung. Lepas nama dipanggil je aku pun dukung Iman masuk. Dia memang nak menangis la tak nak. Aku baringkan je atas meja terus aku peluk sebab Iman nak lari turun.

Aku terus menerus pujuk dia pujuk dia jangan nangis mama ada, jangan nangis abg hebat. Iman ni dia malu, bukannya dia tak nak pasal dia takut sakit budak besar ni apa dia tahu pasal khatan. Baru sapu alcohol swab je dia dah meraung dah, aku pujuk lagi. Tapi mula je kena tarik kulit dia nak bagi nampak 'kepala anu' tu Iman menjerit sikit.

Memang sakit proses tu tapi sakit tu hanya beberapa saat je. Lepas tu bius beberapa tempat dan bius pun tak lah sakit mana pun alah macam kena enjet je. Aku tanya laki aku lah sebab aku bukan tahu pun benda ni kan. Hahaha. Iman tak lepas lagi pelukkan dia kat aku masa tu.

Bagus Iman ni dalam menangis dia pun masih mendengar arahan dengan baik. Bila dia bengkok kaki sebab sakit, 'tok mudim' suruh luruskan kaki dia pun luruskan kaki.

Mula dari potong kulit sampai laser kan sikit kat kulit yang dipotong tu nak 'mati' kan darah aku tak dapat tengok sebab Iman peluk aku kuat tak nak lepas.Tau-tau bau daging terbakar je sama macam aku bersalin dulu Ikhwan dengan Idlan.

Tengok Iman macam dah rileks sikit aku tanya dia sakit tak, dia geleng je kepala. Aku tanya lagi boleh mama bangun tak sebab pinggang mama dah sakit ni, baru dia lepaskan aku. So aku dapat tengok masa jahit je lah.

Aku diberitahu cara penjagaan dan dibekalkan ubat tahan sakit, ubat surut bengkak dan antibiotik serta 'kulit' untuk ditanam bila balik nanti. Alhamdulillah lega aku bila dah selesai.

Anak mama sangat hebat.

Jangan heran kenapa gambar tak ada semasa proses pujuk memujuk tu sebab bateri fon habis. Kalau bateri tak habis pun memang tak lah aku nak ambik gambar time anak aku nangis.


Balik rumah Iman senyap je senyum tak cakap pun tak nak bila tanya dia angguk geleng je. Kesian anak mama, dia terkejut barangkali.

Malam tu rumah tiba-tiba tak ada elektrik. Lama pulak tu dari pukul 10 lebih sampai pukul 2.30 pagi.
Iman dah bising panas walaupun papa dia dah kipaskan dia. Terpaksa kitorang anak beranak tidur dalam kereta.

Aku sampai sakit-sakit badan tidur duduk dalam kereta. Tapi mujur sejuk sebab ada air-cond.

Esok nya baru lah Iman mahu jadi seperti biasa.
Bercakap, ketawa, menjerit dan paling best menyakat adik dia sampai nangis.


TIPS:
1. Nekad bila buat keputusan.
2. Kesabaran kena tinggi.
3. Jangan cepat give up bila anak menangis.
4. Jaga emosi tahan marah.
5. Bekerjasamalah antara pasangan.


Aku ada 2 orang lagi yang belum khatan tu.

Comments