SURI RUMAH MENGHABISKAN DUIT SUAMI | PEKERJAAN MULIA BAGI SEORANG WANITA
Dah 2025 ni masih ada lagi ke wanita-wanita yang suka membandingkan isteri bekerja lebih memenatkan berbanding isteri yang suri rumah sepenuh masa malah tiada pendapatan sendiri?
STAY AT HOME MOM vs WORKING MOM |
Biar aku jelaskan daripada sudut perspekstif aku sendiri memandangkan aku dah pernah merasai kedua-duanya sekali jadi aku rasa adil untuk aku menyuarakan pendapat aku sendiri.
Aku mula bekerja selepas SPM dan aku tak sambung belajar hingga ke peringkat universiti sebab aku dah mula nak belajar uruskan duit sendiri nak merasai ada pendapatan sendiri. Seronok bekerja dan aku pulak jenis suka cari pengalaman dalam pekerjaan dan sejenis cepat bosan kalau bekerja di tempat yang sama dalam jangka masa yang sangat lama juga aku mahukan bayaran yang setimpal dengan kepakaran dan semestinya pengalaman yang aku ada.
Bayangkan lah gaji aku bermula daripada RM500 sampai lah aku pernah dapat gaji hampir RM2k tak termasuk overtime lagi tu sebab pekerjaan terakhir aku masa tu ada shift masuk 2pagi dan 9pagi tapi setiap tangga gaji aku naik adalah disebabkan perbezaan tempat kerja jugak.
Okay cukup aku akan stop sampai situ sebab bukan itu point aku.
![]() |
Abg Iman dah mula sekolah pada tahun 2018 |
Bila anak sulung aku mula bersekolah aku baru plan nak berhenti kerja sebab masa tu banyak mata yang memandang tak seronok aku asyik keluar sebab uruskan anak padahal dalam office aku tu kan aku sorang je yang ada anak-anak kecik yang lain semua dah besar-besar seolah-olah tak dapat nak mengalah dengan aku yang kelam-kabut uruskan anak-anak yang masih kecik,
Sebelum aku teruskan, aku throwback sikit masa mula-mula aku kerja dalam title aku dah bergelar seorang ibu pada tahun 2012 aku bersalin dan dapat anak sulung aku tu.
Apabila aku masih bekerja semasa aku dapat anak, aku akui sedikit penat sebab mana nak uruskan anak-anak mana aku kerja shift lagi memang mengantuk tapi aku masih bertahan sampai lah aku dah ada anak tiga pun aku masih bekerja.
Persoalannya, kenapa aku masih bertahan?
Aku tak bawa emosi ke tempat kerja dan kalau aku letih dengan hal rumah, suami dan anak-anak ni aku boleh lepaskan sedikit keluhan dan stress dengan kawan-kawan pejabat dengan cara keluar makan tengahari berborak bergelak ketawa bercerita so that dari situ lah aku tak burn out.
Pendek kata aku ada social life.
Memang lama aku bertahan sampai lah aku ambil keputusan untuk berhenti sebab anak sulung aku dah mula masuk sekolah dan macam aku cakap lah ada mata yang tak puas hati so that aku mengalah je lah aku tarik diri pasal tak kan ada orang back up aku pun masa tu.
![]() |
Zaman aku sibuk COD barang niaga |
Selepas aku berhenti aku cuba untuk berniaga secara dalam talian pulak (online lah). So that aku tak lah jadi culture shock tiba-tiba takde pendapatan sendiri selepas berhenti kerja tu. Anak-anak aku lah jadi peneman aku C.O.D ke sana ke sini sampai aku pernah kena langgar dengan bas dari belakang dan anak aku tercampak ke lantai seat depan. Syukur takde kecederaan yang serius.
Kemudian aku berhenti berniaga, aku cuba pula ambil upah jaga anak orang sebagai baby sitter. Aku jaga sorang memula tu lepas tu dua orang lepas tu 3 orang sampai lah aku sendiri decide nak berhenti sebab aku dah start busy hantar anak ke sekolah pasalnya laki aku tak bagi anak aku naik bas atau van sekolah atas dasar tak percaya akan keselamatan anak-anak aku nanti.
Kalau korang nak tahu, aku ambil masa 2 tahun untuk biasakan diri menerima keadaan yang aku dah takde pendapatan 100 peratus bergantung dengan duit suami semata-mata.
Alhamdulillah sekarang 2025 ni aku dah lebih tenang menjalani kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa tanpa pendapatan dan ya memang aku banyak menghabiskan duit laki aku dah itu tanggungjawab isteri manakala tanggungjawab laki aku ialah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak.
![]() |
Second time naik Cameron Highlands |
Dalam pada aku takda pendapatan tu, aku dapat juga berjalan ke sana sini hasil duit suami aku semata-mata tanpa perlu catu makan dan anak-anak aku tetap sekolah seperti biasa berbanding aku ada pendapatan dulu sekali pun tak dapat nak berjalan sakan hanya setakat balik kampung atau pergi kenduri sahaja.
Benarlah kedudukan seorang isteri itu adalah tetap di rumah sementara suami nya sahaja lah yang harus keluar bekerja mencari nafkah untuk isterinya dan anak-anak nya kerana itu tanggungjawab suami.
TETAPI...
Sebelum aku nak dapat ketenangan, sebelum aku nak dapat berjalan sana sini sebelum aku dapat laki aku belikan aku macam-macam benda yang mahal-mahal yang memang aku tak akan dapat beli sendiri semua tu, aku kena hadap beberapa perkara seperti;
BURN OUT
STRESSED
DEPRESSION
ANXIETY
Sampai aku kena rujuk dengan doktor sebab keadaan aku dah parah sebab setiap hari aku fikir nak bunuh diri, nak lari dari semua orang, nak hilangkan ingatan aku dan banyak lagi perkara negatif yang aku fikir.
Kenapa aku boleh sampai macam tu?
Bila aku dah tak bekerja, aku dah takde social life, aku dah tak bergaul dengan orang, dah takde bonding dengan kawan-kawan sebab aku hanya ada suami dan anak-anak. Aku pun ada mak ada ayah yang dekat tapi ia dah tak sama seperti dulu sebab aku dah berkeluarga.
Kadang tu aku jadi tersepit kat tengah-tengah. Mana aku nak kena jaga hati suami, nak jaga hati mak ayah aku, kadang tu aku ni rasa berdosa setiap masa sebab selalu tipu suami demi untuk tidak mengeruhkan keadaan dan jaga perasaan.
Itu yang aku dapat BURN OUT, STRESSED,DEPRESSION dan ANXIETY tu sebab aku tak jaga diri aku dulu asyik sibuk jaga hati orang lain dan aku terlalu bergantung pada manusia bukan pada Allah Ta'ala.
![]() |
Berjalan lagi dekat Animal Garden G2G MAEPS, Serdang |
Ini pendapat Ustaz tentang pekerjaan sebagai suri rumah.
(tekan link nama mereka)
Kesimpulannya di sini, tak kira lah wanita yang bergelar ibu itu bekerja atau tidak tetap ada penat ada lelah ada pengorbanan yang orang lain tak tahu sebab mereka tak kan sebarangan cerita kisah mereka jika bukan untuk beri pengajaran atau meluahkan sedikit bebanan yang mereka pikul setiap hari.
Jadi ibu bekerja tak mudah, jadi ibu tak bekerja tanpa pendapatan juga tak mudah malah jadi isteri tanpa anak juga tak mudah tetap ada mulut yang tak berhenti nak bandingkan kehidupan mereka dengan orang lain dan merasa kehidupan mereka lebih lelah lebih memenatkan berbanding wanita lain.
Semua wanita ada kekuatan masing-masing.
Syukur kita sebagai seorang wanita.
Next, aku nak cerita pasal bersalin secara normal dan pembedahan yang mana lagi sakit dan dapat merasai nikmat sakit bersalin.
Comments
Post a Comment