BERSALIN SECARA NORMAL LEBIH SAKIT | BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN TIADA NIKMAT

 Lately tajuk-tajuk blog aku agak kontroversi ya.

Aku tak layak nak suarakan pendapat aku pasal tajuk ni sebab aku adalah ibu yang pernah mengandung dan tidak sama sekali berpeluang untuk merasai bersalin secara normal sampai aku mati walaupun sekali aku tak akan dapat.

KENAPA???

Sebab Allah dah takdirkan jadi aku redho. Aku apaaaaaaa?? Aku redhooo!

Meh aku cerita kenapa aku tak akan dapat merasa bersalin secara normal yang orang agung-agung kan sampai mengguris hati wanita lain seperti aku.

Semasa bersalin anak sulung, aku bersyukur dapat jugak lah merasa apa itu contraction, merasa bukaan 3cm, merasa diseluk (vaginal examination), merasa kena pam pundi kencing, merasa dipecahkan ketuban, merasa air ketuban pecah sampai lantai basah banjir, merasa lah masuk labour room.

TETAPI...

Jika Allah dah takdirkan aku bersalin secara pembedahan jugak, berdosa tak aku menidakkan takdir yang Allah dah tulis siap-siap untuk aku? Berdozaaaaa!

Okay sambung.

Selepas air ketuban pecah, doktor bagi tempoh agak lama seingat aku masa doktor nak pecahkan ketuban start dalam pukul 8malam sampai lah ke 4pagi dan bukaan masih 3cm sahaja malah contraction pun main-main je.

Doktor cakap kena emergency c-section sebab anak aku dah lemas dan bacaan jantung dia tak cantik nak kena keluarkan dia dengan segera kalau tidak anak aku boleh mati lemas dalam perut aku nanti.

Orang yang tak pernah bersalin secara pembedahan tak tahu bahawa aku berada dalam keadaan sangat ketakutan ketika aku di'lapah' hidup-hidup atas meja pembedahan tapi aku tak rasa lah sakit sebab aku dah dibius separa badan.

Ingat seronok ke kena bedah ni!

Ketiga-tiga budak ni keluar ikut 'tingkap'

Okay sabar..cool..astaghfirullah..sambung lagi. Acer fikir ada yang pernah merasai kedua-duanya pun kata lebih baik bersalin normal senang nak jaga kurang ketakutan dan diorang tak sanggup nak kena bedah lagi.

Acer bayangkan lah aku ni kena bedah sampai 3 kali!

Semasa nak bersalin anak kedua, aku dah merayu kat doktor aku nak cuba bersalin normal pulak tetapi doktor nasihat kan supaya kena bedah jugak sebab anak aku tu macrosomic baby dan pasal masa aku beranak anak sulung secara pembedahan aku tak pernah meneran so doktor takut bukaan serviks tak berjaya bimbang bahu anak aku boleh PATAH masa doktor nak tarik baby keluar nanti.

Tahu ke tidak Macrosomic Baby tu?

Aku kena diabetes semasa mengandung anak yang kedua dan disebabkan itu lah anak aku tu bersaiz besar yang dipanggil macrosomic baby.

So tak dapat lah merasa bersalin normal dan kena bedah lagi buat kali kedua dan bila mengandung lagi sekali memang tak akan dapat lah bersalin normal sebab memang doktor tak akan benarkan kerana risiko rahim akan pecah.

Aku triggered sangat bila ada kawan aku sendiri memperlekehkan aku bersalin secara pembedahan dia kata aku tak rasa sakit. Ya iyalah aku tak rasa sakit sebab doktor dah bius kot cuba doktor tak bius tak ke menggelupur aku kesakitan kena belah perut sampai 7 lapisan lepas tu kena jahit balik.

Orang nya lawa tapi otak tak cerdik jugak!

Habis tu dia ada fikir tak lepas bius tu hilang sakit lepas pembedahan tu macam mana rasa nya? Sampai aku ada fikir perut aku rasa nak terburai lah. Dah lah kena bangun sendiri pergi toilet lepas tu kena jalan jugak uruskan anak walaupun sakit nak berjalan nak bangun daripada katil pun susah, nak tidur mengiring pun tak boleh sebab sakit, lagi ngeri kalau lepas bersalin ada batuk pulak.

Risiko bersalin pembedahan lebih banyak berbanding bersalin normal. Risiko bersalin normal seperti koyakan, episiotomi dan proses kelahiran yang panjang manakala risiko bersalin pembedahan pula jangkitan kuman, pendarahan, kecederaan pada pundi kencing, gangguan pencernaan dan yang paling menakutkan ialah pulmonary embolism iaitu darah beku boleh menyumbat saluran darah yang boleh menyebabkan kematian.

Bersalin secara normal adalah sakit semasa melahirkan akan tetapi bersalin secara pembedahan pulak adalah sakit selepas melahirkan.

Dah lah kena cucuk heparin (ubat cair darah) berbelas-belas kali sampai sakit bahu, perut ataupun peha bagi mengelakkan darah beku dan ya kena beli stoking khas yang mahal nak mampuiiiii.

contoh

Aku envy sangat dengan orang yang boleh bersalin normal ni tanpa aku membezakan kesakitan bersalin sebab dua-dua ada sakit nya, ada risiko nya, ada nikmat nya, dan insyallah semoga Allah Ta'ala menghapuskan dosa kita setiap kali kita merasa sakit ketika hendak bersalin.

Percayalah bonda lebih mementingkan keselamatan anakanda berbanding nyawa bonda jadi belah lah perut bonda ni asalkan anak bonda selamat lahir.


Next entry, suami yang kedekut dengan isteri akan menyebabkan rezeki sempit

Comments