KAHWIN MUDA DENGAN BAJET CUKUP MAKAN | DUIT HANTARAN SIAPA PUNYA?

Assalamualaikum..
Excited pulak aku, sebab pertama kali nak tulis blog ni.
Okay kita mula dengan bab aku dah kahwin.

Aku berkahwin pada tanggal 22 November 2008 dekat rumah aku di Sungai Buloh, Selangor. Masa tu umur aku baru 21 tahun dan laki aku pulak baru 22 tahun. Kira kahwin muda la.

Aku terima duit hantaran dari keluarga laki aku sebanyak RM5K dan mas kahwin sebanyak RM80 beserta sebentuk cincin emas disarungkan semasa adat pembatalan air sembahyang.

Patutnya duit hantaran tu aku punya seratus peratus tapi terpaksa digunakan atas dasar tolong keluarga aku nak buat kenduri padahal bukan begitu dan ianya tergantung atas plan kitorang la kan tapi apa boleh buat bila semuanya dah selalu sangat bergantung pada adat melebihi kehendak syarak.

Aku nakk buat simple je sebab kitorang memang tak mahu berbelanja besar dan kitorang ni bukan la ada pekerjaan yang hebat pun pulak kitorang fikir membazir je nanti.

Aku punya la nekad tak mahu bersanding tapi akhirnya terpaksa jugak aku kena mengalah atas permintaan mak aku.

Gambar ni pun adik aku tolong ambik kan. Aku tak ada bajet nak hire photographer.

So ini lah gambar nikah aku.

Baju nikah ni aku paling tak suka sebab aku dah plan baju nikah lain tapi tak dapat buat sebab katanya kekangan masa mungkin salah aku jugak sebab sejenis tak berduit jadi orang tak bersungguh.

Tapi itu lah gambar nikah yang paling jadi favourite aku sebab gambar yang lain semuanya hampeh dan rasa annoying gila, ye lah sebab semuanya buat bukan ikut plan asal aku kan?.

Setelah berhempas pulas lepas kenduri aku dengan laki aku kena kemas 3 rumah sekali gus pada hari yang sama sebab melibatkan rumah mak aku, rumah sewa baru aku sederet dengan rumah mak aku dan rumah last ialah rumah sewa laki aku masa dia duduk bujang pasal family dia stay sana.

Aku nikah selepas Asar dan sepatutnya aku ni nikah dekat Masjid 'Purple' (Masjid Al-Huda Kg Paya Jaras) tu tapi sebab aku boleh period pulak haritu maka akad nikah dekat rumah lah jadinya. Masa tu keadaan agak panas sebab rumah kan kecik dan biasa la kalau bab nikah semua orang akan pasang telinga nak dengar pengantin lelaki lafaz akad. Maka makin nervous lah jadinya laki aku.

Tapi Alhamdulillah, aku dah pun selamat dipuankan. Eceh..

Pada sebelah malam lepas aku nikah tu, aku suruh lah laki tidur kat rumah sewa baru je sebab bagi ruangan yang cukup untuk family laki aku tidur dengan selesa dekat rumah sewa bujang tu. Maklumlah mereka ramai jadi sangat perlukan ruang yang besar untuk berehat.

Esoknya pulak pada hari Ahad 23 haribulan majlis langsung nya. Aku tak bersanding pun. Pelamin ada cuma duduk untuk bergambar je dan sebenarnya aku tak mahu pun ada pelamin tu.

Tak ada tabur-tabur renjis-renjis.

Selepas selesai semuanya biasa la kene kemas rumah la pengantin nya.
Penat gila nak meninggal laaaaahai.Orang lain memang tak tolong la sebab dah penat bertungkus lumus masa majlis. Laki aku pulak kena cuci pinggan, kawah, periuk belanga segala.

Kesian laki aku. Tapi aku lagi kesian. Lepas tu tinggal la kami dalam rumah sewa yang baru tu bersama-sama. Rumah tu tak jauh dari rumah mak. Selang beberapa rumah je.

Till then..bye bye for now.

Comments