HONEYMOON BUDGET | DARI GUA MUSANG KE KOTA BHARU

Assalamualaikum


Hanimun bajet ni jangan salah sangka ingat kitorang kedekut pulak. Ni nak cerita sikit yang bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Gitu!

Kitorang balik Gua Musang masa raya cina. Pestaim balik raya katakan. Balik 2 hari je lepas tu kitorang henjut naik Kota Bharu. Mak sedara laki aku bising suruh kitorang datang rumah dia.

Dah cuti ni kan alang kepalang try la naik KB. Alhamdulillah sampai jugak. Sampai sane dah petang macam tu. Makan malam kitorang makan kepci. Bukan kentucky fried chicken tau tapi ayam kepci ala-ala. Ape ntah nama ayam goreng tu.

Merah meriah kau!

Esok tengah hari nya kitorang pegi kenduri pulak. Tetiba ade kenduri padahal tak dijemput pun.haha. Tapi dah kene paksa suruh pegi ape boleh buat pegi je lah kan.

Sebelah petang nye kitorang jenjalan. Tapi menjelang ke petang tu jugak la aku demam. Tengah hari buta panas terik orang lain dok mengipas. Aku pulak dok selubung sebab kesejukan.

Mungkin sebab aku tak terbiasa travel jauh-jauh maklum lah dapat suami orang Kelantan kan.


Kitorang ngan mak cik laki aku pegi merayap kat sungai kat KB tu. Sungai hape entah name nye. Tengok pok ngoh laki aku main boat. Naik boat kot main boat tu macam mane pulak kan.

Ini la sungai nya

Ade ke suruh aku naik bot tu. Perli ke ape? Kang belum sempat gerak bot tu tenggelam pulak.

Kalau dah penakut tu penakut jugak kan. Mane la boleh tenggelam naik bot. Setakat 3 orang naik takde makne nye overload. Tak payah berangan nak naik bot tu. Kitorang merayap sekitar sungai ni udah la.

Anak Ciksu dan PokNgoh..omey tak?

Ini anak Ciksu dan PokNgoh. Mase kecik lagi comel tau tapi lagi susah nak dekat dengan dia. Garang bebenor. Pegang je nanges. Belum dukung lagi. Bila dah besar ni baru boleh pegang. Siap ambik gambar bersama lagi haa.


Lepas tu kitorang ke PCB iaitu Pantai Cinta Berahi..haha.
Itu nama dulu laaa nama kormersil sekarang nya ialah Pantai Cahaya Bulan.


Ini adalah kali kedua aku datang kat sini.
Sebab kali pertama masa kecik umur berapa tak ingat laa mase tu hantar sepupu nikah kat KB jugak lepas settle singgah sini.

Panggil hanimun bajet sebab check-in rumah makcik laki aku tak check-in hotel pun. So pasal tu lah hanimun bajet kot hahaha. Takde lah hanimun pun cuma bercuti je dan ambik kesempatan dah alang-alang berjalan jauh ni kan.

Ok bye.

Comments