SECOND CHILD TO SOON? | JARAK KELAHIRAN BUKAN KANDUNGAN
Assalamualaikum
Iman dah pun 13 bulan umur dia.
Rindu sangat masa Iman baby lagi. Macam tak puas nak gomol je. Bila tengok orang ada baby..macam teringin je..macam teringin je..teringin ke? Tapi hati aku berbelah bahagi pun ada.
Rasa macam nak tangguh dulu pun ada, rasa macam tak larat pun ada, rasa macam nak cepat pun ada, rasa macam nak ikut saranan doktor jarakkan kelahiran 2 tahun pun ada sebab tak bersungguh-sungguh pun nak baby tapi pun ada jugak terdetik nak lagi tu.
Haih!..macam mane ni?
Tak apa lah mungkin kali ni aku berserah sahaja pada kuasa Allah Taala sebab dah ada Iman pun rasa syukur yang tak terhingga rasanya. Jika Allah berkehendak apa pun keputusan-Nya sama ada ada anak lagi lepas ni atau pun hanya Iman seorang saja aku terima seadanya kerana sudah pasti aturan Allah adalah sebaik-baik aturan manusia.
Aku salute lah pada korang yang ada anak lebih dari seorang ni sebab jaga Iman ni pun dah kalah rasa nya. Dah pandai jalan pulak tu lagi la bertambah lasak dengan asyik memanjat je keje dia.
Iman dah pandai jalan ni rasa macam lepas satu dugaan bila pegi mana-mana mesti kena dukung tak pun kene bawak buggy kalau tak abis la sakit-sakit pinggang nanti lepas dukung dia tu pun bergilir-gilir dengan laki aku sebab Iman tu tubuh nya sihat walafiat sejahtera Malaysia hendaknya.
Laki aku pun tak kisah bab second child ni sebab ada Iman pun happy dia tak habis lagi dari masa memula tengok Iman baru lahir. Dia lagi banyak mengalah berbanding aku.
Sangat sabar dengan kerenah Iman yang kekadang manjanya tak boleh control. Mulut aku je lah yang bergema kat dalam rumah. Apa-apa pun memang syukur sangat dapat Iman. Kesian korang yang dah lama kawin tapi belum ada lagi.
Sangat sabar dengan kerenah Iman yang kekadang manjanya tak boleh control. Mulut aku je lah yang bergema kat dalam rumah. Apa-apa pun memang syukur sangat dapat Iman. Kesian korang yang dah lama kawin tapi belum ada lagi.
Sabarlah korang, aturan Allah lebih baik. Kita sebagai hamba kena redha. Memula memang susah nak terima tapi bila lama-lama akan faham jugak kenapa dapat anak lambat.
Wallahualam
Comments
Post a Comment