CAESAREAN LAGI? | BERSALIN ANAK KEDUA
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum
Rindu pulak nak menulis blog kembali.
Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan anak kedua pada hari Isnin 21 Julai yang lalu pada jam 12:52 tengahari. Bayi seberat 4.14kg yang dilahirkan secara caesarean itu telah pun diberi nama Muhammad Ikhwan Rasul.
Caesarean lagi???
Ya. Kerana tidak mendapat keizinan Allah Ta'ala untuk melahirkan menggunakan kudrat tubuh badan ku sendiri. Pada hari Ahad 20 Julai aku telah pun 'Warded' di Hospital Sungai Buloh. Secara jujurnya sedih hiba hati aku bila doktor mengesahkan yang aku tidak boleh melahirkan secara normal kerana anggaran berat anak didalam kandungan sudah pun mencecah 3.8kg pada 37 minggu kandungan.
Dan apabila ditanya doktor menerangkan disebabkan aku mempunyai kencing manis semasa mengandung dan mempunyai 'previous scar' iaitu luka pembedahan yang lalu.
Doktor juga ada memberitahu risiko jika aku ingin mencuba kelahiran secara normal iaitu rahim pecah disebabkan oleh luka bersalin yang lalu dan juga risiko bahu bayi boleh tersangkut pada tulang pelvis akibat saiz bayi kerana anggaran berat bayi jika ibu yang mengalami kencing manis semasa mengandung boleh mencecah 4.0kg.
Balik dari hospital sebelum dimasukkan ke hospital pada hari yang ditetapkan aku menangis semahu-mahunya sampai tersedu-sedan walaupun dipujuk oleh suami kerana takut akan pembedahan yang akan dijalankan kelak.
Takut akan keadaan bilik pembedahan, takut akan prosedur pembedahan sebab aku pernah mengalaminya sebelum ini.Dan sebab itu lah aku semahu-mahunya ingin mencuba bersalin secara normal tapi aku tak berdaya. Jadi tolonglah jangan tanya kenapa aku tidak bersalin secara normal kerana soalan itu aku anggap soalan mempertikaikan kekuasaan Allah swt.

Luluh hati aku sebab aku takkan dapat merasa walau sekali pun bersalin secara normal kerana aku sudah pun 2 kali bersalin caesarean. Apakan daya sebab kuasa dan pilihan bukan ditangan aku tetapi demi anak tersayang aku relakan perut ku dibelah kembali untuk mengeluarkan hamba Allah swt dan juga umat Nabi Muhammad saw.
Semasa di dalam bilik pembedahan, aku telah diminta mengenal pasti tandatangan yang telah aku turunkan pada surat kebenaran pembedahan dan surat permindahan darah sebelum aku masuk ke dalam bilik pembedahan lagi.
Selepas itu tulang belakang aku di cucuk dengan suntikan ubat bius sebanyak 3 kali sebab 'mereka' tak dapat cari saraf tunjang aku. Sumpah demi Allah suntikan kali ketiga amat menyakitkan sehingga aku menangis agak kuat dan Alhamdulillah ia berhasil walaupun sakit yang teramat sangat.
Dan pada kali ini aku boleh rasa perut aku 'terbuka' semasa dibelah sebelum mengeluarkan bayi. Aku juga boleh rasa semasa bayi dikeluarkan sebab aku rasa seperti perut aku sedikit tertarik ke atas. Selepas pembedahan berjaya, seperti biasa tidak boleh bangun dari perbaringan, tidak boleh berbantal, tidak boleh makan dan minum selama 6 jam. Dan selepas itu barulah boleh cuba bangun dari baring perlahan-lahan sehingga boleh duduk tegak tanpa pitam. Hanya boleh minum sedikit demi sedikit. Makan selepas lebih 8 jam jika berkemampuan.
Pada esok pagi nya tiub kencing yang dipasang sebelum pembedahan itu dicabut kembali oleh jururawat bertugas dan aku diminta untuk ke tandas dengan sendirinya jika berupaya tanpa perlu dipapah.
Dan selepas itu bermula lah 'kerja' aku di wad seperti menyusukan anak, ke tandas seorang diri, tukar pakaian, pad, seluar dalam dan semuanya dengan sendiri kerana aku tidak dibenarkan duduk dan baring terlalu lama walaupun pergerakan terbatas sebab kesakitan yang amat sangat sebab luka pembedahan bagi tujuan mengelakkan pembekuan darah akibat penggunaan ubat bius.
Aku tak tahu kenapa sepanjang berada di dalam wad, pola sakit tempat jahitan aku semakin menaik. Boleh dikatakan aku kerap juga mintak ubat tahan sakit. Semasa menyusukan anak juga menyebabkan kesakitan dalam perut yang amat dasyat. Pada fikiran aku mungkin rahim sedang mengecut sebab apabila menyusukan bayi secara fitrah nya rahim kita akan mengecut untuk kembali ke saiz yang asalnya.
Dan sebab itulah kita amat-amat digalakkan menyusukan anak (susu badan) semasa dihospital selepas bersalin. Dan sepanjang 4 hari selepas bersalin aku berada dihospital sebanyak 7 suntikan pada bahu kiri dan kanan berselang seli telah aku dapat iaitu suntikan pencair darah bagi mengelakkan darah beku.
Jika ada darah beku dalam darah ia boleh menyumbat saluran darah ke jantung ataupun ke otak seterusnya boleh membawa maut. Tapi selepas sudah dibenarkan pulang ke rumah aku di arahkan supaya pergi ke mana-mana klinik untuk menghabiskan 7 lagi suntikan pencair darah.
Jumlah semua adalah 14 suntikan wajib mesti aku habiskan. Bengkak bengkik bahu aku lepas kene suntik. Hanya yang pernah mengalami sahaja faham dan tahu akan kesakitan aku.
Akhir kata semua yang berlaku adalah kehendak-Nya.

Wallahualam.
Comments
Post a Comment