PERTAMA KALI BERSALIN (SECARA CZER) | ANAK SULUNG LAHIR | HAMPIR 4 TAHUN TTC

Assalamualaikum, syukur ke hadrat illahi


and welcome to the world anak ku. Mama sangat menanti kehadiran mu wahai anak. Eceh. Penantian aku dan laki aku berakhir setelah TTC 3 tahun lebih dan pernah keguguran sekali sebelum keluarnya budak seketul ni. Kalau tak keguguran mungkin ini anak kedua aku lah.

Ini adalah gambar pertama sekali yg diambil setelah baby ni dibawa naik ke wad tingkat 6 dalam pukul 10 pagi selepas pemantauan oksigen dibuat dekat nursery baby tingkat bawah di Dewan Bersalin. Aku bersalin kat Hospital Sungai Buloh, Selangor pada tarikh 10 Oktober 2012.

Aku terpaksa bersalin secara pembedahan (caesarean) sebab pintu rahim tak terbukak hanya setakat 3cm je walaupun doktor dah pecahkan air ketuban untuk bantu bukak jalan tapi masih tak berjaya.

HIDUNG tu!..hahaha..kembang pun kembang lah anak mama janji ada hidung dah syukur alhamdulillah. Hari ni suami, mak dan adik datang melawat.


Macam anak cina pun ada. Adakah ini betul anakku ke tertukar dengan anak cina?...hahaha

Setelah ade kudrat nak bangun so ini lah kerja nya. Snap snap snap gambar die manyak-manyak. Sebelah petang ni hampir semua ahli keluarga datang melawat kecuali adik lelaki. Kerja kot.

Terima Kasih sebab datang melawat Ayah, Mak, Along/Kaklong, Angah/Bangah dan Mirul(adik).

Haaa tu dia si mata booolat.

Tapi kan....Eh.....sekali pandang macam Ustaz Azhar Idrus pun ade. Ini penangan tengok ceramah UAI masa pregnant agaknye. Motif??..hahahahaha.

Baju baby dah bertukar sebab Kaklong dan Angah tolong mandikan sebab kepala baby kotor lagi, ade saki baki air ketuban dan darah. Mandikan kat sink kat dalam wad dan di perhatikan oleh nurse dari jauh. Tengok macam tak puas hati. Ye lah dalam wad mane boleh gendong baby ke sana ke mari. Habis tu mereka yg memandikan tu lagi tak puas hati sebab anak buah mereka tak di 'bersihkan' betul-betul. So di'kerja'kan nya lah oleh mereka ni hehehe. Terima Kasih sebab tolong mandikan baby.

Ape-ape pun may Allah bless u my baby and don't grow up so fast ya?..tak puas nak buli nanti.

Sambung nanti..tata

Comments