CUKUR JAMBUL ATAU AKIKAH? | SINGGAH CAMERON HIGHLANDS DARI GUA MUSANG, KELANTAN


Alhamdulillah selesai sudah majlis cukur jambul Muhammad Iman Rasul kat kampung laki aku kat Gua Musang, Kelantan. Ya itu lah nama anak aku dan jangan tanya aku kenapa aku letak nama tu sebab aku pun tak tahu padahal aku dah ada plan nak letak nama apa last-last itu yang terkeluar.

Kalau korang nak kata nama anak aku ni macam dalam drama Chinta (2010) lakonan mantap Fasha Sandha dan Adi Putra sebagai 'Amar' dan 'Rasul Iman' tu korang boleh assume macam tu lah tapi aku terbalik kan je daripada Rasul Iman ke Iman Rasul dan tambah Muhammad as per request mak mentua aku so jadilah Muhammad Iman Rasul tu.

Gambar takde sebab buat cara kampung yg betul-betul kampung sampai aku tergamam pastu terlupa nak ambik gambar. Serius weh tak tipu ni. Sebab aku ni lahir-lahir je kat KL lepas tu duduk KL sampai umur 5 tahun bila umur 6 tahun pindah Selangor sampai la aku kahwin dah terberanak.haha.

On the way balik laki aku tunaikan keinginan aku yang nak sangat ke Cameron Highlands. Gelojoh tahap dewa kau padahal baru je abis pantang tu tapi mujur lah takde apa-apa yang jadi kami alhamdulillah sihat anak beranak ni.

Nah tu je gambar yg dapat capture tapi tak banyak sebab Iman da ngamuk nak tido.


S'corner Central Market ni adalah tempat kedua kitorang singgah selepas beli madu kat tepi jalan. Madu tu untuk Iman sebenarnya sebab nak rawat tekak dia yang ada kahak dan lendir.

Tempat ni tak berapa best sangat la sebab untuk beli barang2 je boleh lah macam strawberi, teh, cendawan, madu, kordial dan macam-macam lagi yg ada kat sini.

Ni gambar kat dalam SCM tadi.

Ade la beli strawberi sikit untuk makan 2 orang yg lain2 tak beli sebab takde mood. Laki aku memang pro dalam merosakkan gambar.
Kekonon nye acah-acah candid la.
Stress aku!


Cer tengok aku ambik gambar dia cantik je kan. Dua beranak tu siap pandang camera hokay. Dan budak bertuah tu memang suka nau kalau bapak dia pegang memang akan diam je. Tang aku ni dia nak bila nak susu dengan nak tidur je.

And mesti korang terfikir kenapa biarkan Iman pakai baju togel mcm tu, kan sejuk kat sane?? Aku da siap pakaikan legging sekali ngan stokin tu pastu pakaikan topi tapi dia ngamuk2 tak nak. Bila bukak semua tinggalkan romper je terus senyap. Bertuah betul budak seketul ni lah!

Ni dah on the way balik.

Laki aku berhenti solat zuhur dulu.
Dia cakap air sejuk giler macam sejuk air campur ais.
Aku cakap la "Lupa ke kita kat Cameron"? haha.


Sementara tunggu memang takde keje lain anak beranak ni.
Capture je keje nye.


Tu je subinier tuk Iman [kat kepala tu].
Ye lah bukan pandai makan strawberi pon kan.haha.
Eh ye lah ade belikan madu tuk dia jugak.
Madu asli lagi.

Bukan MADU untuk mama eh.

Terkilan jugak sebab tak dapat gi ladang teh, strawberry park, flower garden, honey farm, pasar sayur, cactus point sume tu sebab jalan jem giler nak pengsan and Iman pulak dah meragam maybe penat kot atau rimas lama-lama dalam kereta.

Takpe la Iman dah besar sikit dah pandai jalan nanti mama papa bawak Iman pegi lagi ye.

Insyaallah.

Comments