BERPANTANG SEMASA HARI RAYA | PENGALAMAN BERSALIN IKHWAN
Hari hujan-hujan ni sambil tunggu salesman roti balik berniaga aku rasa nak cerita sikit pengalaman bersalin anak kedua dan pengalaman berpantang semasa Hari Raya Aidilfitri tahun 2014.
Aku terpaksa bersalin czer lagi sebab kali ini anak kedua saiz nya sangat besar.
Masa scan dengan klinik pakar doktor estimate berat baby 3.6kg atau boleh jadi 4.0kg berat baby.
So agak bahaya untuk aku cuba bersalin normal dikhuatiri bahu baby boleh tersangkut dekat tulang pelvis aku dan boleh menyebabkan patah sebab aku tak pernah bersalin normal lagi kan.
Aku pun mengalah dan bersedia untuk dibelah perut sekali lagi demi untuk tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi terhadap anakanda mama kasihi. Biar mama yang sakit asalkan anak mama sihat.
Aku admit hari apa memang aku lupa tapi biasa nya sehari atau dua hari awal sebelum tarikh operation lah kalau ikut prosedur hospital. Samaada hari sabtu atau ahad aku admit.
Aku seperti dah bersedia sepenuhnya untuk bersalin kali ini sebab dah ada pengalaman bersalin secara pembedahan sebelum ni so nervous tu memang kurang sangat tapi excited lebih.
Aku orang pertama yang akan dibedah pada hari Isnin, 21hb Julai 2014 hari tu pada pukul 8 pagi sepatutnya tapi ditunda lewat sikit atas sebab kes emergency di bilik OT. Maka bila tiba giliran aku pukul 12:52 tengahari keluar la si Ikhwan seberat 4.14kg tau.
Masa tengah operation aku ada dengar doktor sebut forcep. Dalam fikiran aku, dah kena czer pun nak kena forcep lagi ke? Rupanya sebab anak aku ni besar sangat saiz nya sampai kena forcep.
Aku ingat lagi masa doktor tekan-tekan perut aku nak cari baby barangkali, sekali bila doktor tarik Ikhwan keluar aku rasa macam doktor tarik perut aku sekali macam tu.
Czer kali ni memang agak mencabar. Dah la cari urat belakang nak Epi tak jumpa sampai tiga kali weh dan sakitttttt aku menangis sedu-sedu lahai.
Doktor siap cakap kita dah bius patut tak sakit masa nak masuk epidural tapi dah aku rasa sakit tak kan aku nak main-main pulak kan. Dah la lepas tu kepala aku terhantuk kat lampu OT.
Sakit lagi!!..haha
Kat dalam wad anak aku la yang paling besar dah macam baby 3 bulan.
Ni la gambar Hari Raya 2014 dan aku sedang berpantang waktu tu.
Sejujurnya, berpantang masa hari raya adalah tak seronok ya aku cakap.
Seronok nya cuma satu je, aku cuti raya sebulan.
Hahahaha.
1. Baju raya ada tapi mana boleh nak pakai nya dengan nifas lagi selalu nak kena tukar pad, nak menyusukan anak lagi, susu asyik bocor je bau susu dah baju raya aku.
2. Makan terhad. Kau mampu tengok je orang makan lemang sebab lemang memang faveret aku kalau hari raya nak pulak rendang negeri sembilan wan aku tu. Pergh!
3. Aku terpaksa ikut balik kampung. Sebab mak aku yang jaga aku dalam pantang kan jadi kena la ikut ke mana sahaja. Balik Pedas, Rembau aku ikut, balik Muar, Johor aku ikut jugak.
4. Pergerakan terbatas. Sebab aku kan czer jadi amat la susah nya nak bergerak tapi nasib baik Iman dah besar so tak perlu nak pantau sangat. Laki aku pegang baby aku pun jalan sendiri.
5. Stokin memang tak lepas. Sebab aku naik kereta confirm ada aircond so tak bagus la untuk ibu berpantang ni. Pakai crocs je la mampu.
6. Bentan banyak kali!!! Bentan tu kalau tak tahu dia datang menggigil satu badan plus demam secara tiba-tiba. Tak sakit cuma yang tak tahan nya tengahari buta pun aku boleh menggigil.
Aku terpaksa ikut sebab laki aku tak pandai masak makanan orang pantang so kena la ikut mak aku balik kampung jugak.
Tahun ni dah 3 tahun pun Ikhwan.
Comments
Post a Comment