TAMAN BOTANI NEGARA | REKREASI DAN HAIWAN
Bosan tak tahu nak pergi mana?
Jom pergi Taman Botani Negara, Seksyen 8, Shah Alam.
Nasib baik bawak buggy kalau tak kitorang laki bini patah pinggang gilir-gilir dukung Idlan. Dah la tak bawa kasut dia.
Pakai kan seluar tapi dia mengamuk kepanasan. Terus jadi mangsa kerakusan nyamuk yang dahagakan darah fresh peha kamu dik.
Teruskan perjalanan ya anak-anak.
Perjalanan kamu masih jauh di hadapan sana.
Tapi jangan risau mama dan papa sentiasa berada di belakang kamu semua. Kita nak ke Taman Haiwan je pun.
Bila dah sampai Taman Haiwan haruslah bergambar sejenak.
Ni lah hasilnya.
Suruh freeze sesaat je pun susah.
Dah budak-budak kan.
Seterusnya kita masuk ke dalam lihat apa yang ada.
Dalam ni kandang landak.
Kesian aku tengok landak-landak ni.
Bulu-bulu tajam dia tu dah luruh.
Sampai nampak kulit dah.
Tak pasti apa dah jadi dengan pihak pengurusan Taman Botani Negara ni.
Seterusnya, apa benda dalam tu eh?
Aku tak ingat dan tak nampak la pulak gambar ni blur sikit.
Tapi sangkar je besar tapi haiwan dalam ni.....kesian.
Tu je aku mampu cakap setakat ni lah.
Lepas tu ke kandang rusa pulak. Luas memang luas kandang rusa ni tapi hanya beberapa ekor je kat dalam tu.
Ada jugak pergi tengok kuda, burung kakak tua, taman arnab kena bayar RM 5.00 lagi tapi dalam tu kan macam bosan je. Setakat kau nak tengok ayam serama, arnab ke burung boleh la tapi tak ada lah best mana pun.
Cuma harap la kalau boleh pihak berwajib 'upgrade' sikit Taman Botani Negara ni sebab boleh jadi tarikan pelancong sebab permandangan nya boleh tahan cantik juga.
Sekian.
Comments
Post a Comment