PENGALAMAN MENGANDUNG | BERSALIN | BERPANTANG ANAK KETIGA
Kemungkinan ni last aku update entri pasal bersalin.
Sebab aku dah buat BTL.
Apa itu BTL?
Siapa yang dah buat kita geng.
Aku mula kan dengan mengandung. Pengalaman mengandung kali ni memang berbeza berbanding Iman dan Ikhwan. Aku suka mekap weh. Sampai belajar cara mekap kat youtube bagai.
Kemain merah bibir aku tu haaa. Masa ni adik aku kawin. Dia kawin dengan orang Shah Alam. Dan aku juga pelik. Mahu pulak laki aku ni bergambar macam ni.
Pergi makan dekat la dengan area rumah, pun aku bersiap macam nak pegi kenduri. Ni aku makan kat Restoran Food Jam je.
Aku rajin berhias atau bersiap. Tak lah melawa tapi aku gigih lah iron shawl. Oh ya rajin pakai shawl mengandung kali ni siap beli banyak helai macam-macam warna ada. Masa tu kan tengah 'viral' shawl keknis aku pun beli lah.
Mengandung kali ni aku rajin shopping barang-barang aku. Barang-barang baby dah nak bersalin baru aku beli tu pun sikit-sikit je.Hahaha.
Baju abang-abang dia kan banyak. Recycle je bukan boleh beli sangat, baby kan cepat membesar.
Seronok nya mengandung tahun lepas sebab ada kawan. Dia pun mengandung juga. Dia ni dah 2 tahun kawin baru ada rezeki mengandung. Aku rasa aku mengandung dulu pasal aku yang bersalin dulu dari dia.
Dia yang sibuk nak mengandung tapi aku pula yang mengandung dulu. Aku bersalin dalam bulan Februari tapi kawan aku ni bersalin bulan Mac awal bulan.
Aku tak segan bergambar walaupun muka pucat lesi. Perut kali ni memang agak kecik berbanding mengandung yang lepas-lepas. Kebetulan semua pakai hitam pada hari Jumaat so pantang sama je memang ajak bergambar ler. Bilik ofis aku ni memang port bergambar selalu nya.
Rajin selfie.
Terima kasih encik laki sebab rajin layan kehendak bini.
Hahaha.
Haha dan aku juga tidak segan bergambar nampak perut macam ni.
Masa mengandung Iman dengan Ikhwan aku punya tak nak lah bergambar bila ada je gambar dalam fon terus aku delete sebab tak boleh terima kenyataan muka dah buruk.Hehe.
Mak aku asyik la cakap "perempuan anak kau ni". Tak kesah mak asal kan anak aku sihat itu sudah bersyukur rahmat. Tak teringin ke nak anak perempuan? Mesti lah teringin tapi itu bukan keutamaan aku bila berdoa. Aku mintak pada Allah semuanya selamat dan anak aku sihat sempurna sifat.
Cukup.
Maka bersalin lah aku pada hari yang penuh barakah iaitu hari Jumaat. Pada 12 Februari 2016 aku bersalin pada jam 2:21 petang yang suratan sama dengan tarikh lahir Ustaz Azhar Idrus.
Dan tarikh ini juga lah perginya ulama kesayangan umat islam iaitu Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pada tarikh yang sama tahun 2015. Juga perginya tokoh besar umat islam iaitu Allahyarham Syeikh Hassan Al-Banna.
Tengok warna tag kaki tu pun dah tahu jantina baby kan. Seorang lagi mujahid lahir dari rahim aku. Syukur kepada Allah semuanya selamat. Pembedahan berjalan lancar. Czer lagi la sebab dah 2 kali previous scar. Memang tak ada makna nya lah aku nak merasa bersalin normal.
Tak kisah la janji selamat bersalin. Ramai yang mahu berada ditempat aku ni jadi aku wajib bersyukur.
Muhammad Idlan Rasul.
Lahir selepas solat Jumaat 2:21 petang.
Berat lahir hanya 3.11kg.
Mungkin berat normal bagi orang lain tapi kecik bagi aku sebab mama dia besar kan.
Aku tak tahu kenapa mengandungkan dia nafsu makan aku sangat menipis. Seakan 'berdiet' kalau orang perasan. Tapi memang aku tak diet la kan. Dah aku mengandung nak diet ape kebenda nya.
Sebab tu lah Idlan kecik je. Tengok sendiri lah Idlan besar mana aku pegang tu. Ni dah sebulan lebih tau bukan baru lahir.
Pantang anak ketiga pun mencabar juga.
1. Suntikan heparin masa Ikhwan 14 kali tapi kali ni dah naik 20 kali.
Bahu lebam tak payah tanya lah. Aku ngeri nak enjet kat perut atau peha jadi tadah bahu je la.
2. Prolonged jaundice.
Masa lahir kuning sikit je bila dah balik rumah, bacaan kuning menaik sampai setiap hari aku kena check bacaan kuning dia kat Klinik Kesihatan Sungai Buloh.
3. Berat Idlan menurun.
Sebab kuning dia tak nak turun jadi effect berat badan dia walaupun dia kuat menyusu badan.
4. Bacaan kuning tinggi.
Sampai kena tahan NICU semalaman sebab takut kena tukar darah tapi akhirnya kuning dia turun.
Alhamdulillah.
Tapi semuanya dah berakhir sebab Idlan sekarang dah berumur 1 tahun 6 bulan dah pun.
Nanti aku cerita apa itu BTL dan kenapa aku kena BTL.
Tata.
Comments
Post a Comment