TERATAK TOKWAN | KOLAM MANDI BEBAS KLORIN

Mesti ada orang yang tak kisah pun benda klorin-klorin ni kan.
So bagi yang kisah terutama nya untuk anak-anak kecil sangat sesuai ke kolam mandi ni.

Teratak Tokwan, Rawang, Selangor.


Laki aku la ajak mandi kat sini sebab ikut kawan dia bawa family mandi manda hujung minggu lah katakan. Aku yang baru balik dari kerja malam tak tidur lagi terus datang ke sini.

Anak-anak aku yang belum mandi baru bangun tidur terus kitorang angkut masuk kereta. Aku siapkan la baju-baju kitorang, tuala mandi terus gerak.

Tapi kitorang beli sarapan dulu makan siap-siap sebab memang tak prepair apa pun pasal aku kerja malam kan bila masa nak masak nya. Laki aku sempat siapkan bekal air je.


Laki aku pun tak pernah datang ke sini so kitorang pun on Maps. Waze tak pernah nak bagi kerjasama dengan baik asyik bawa kitorang jalan salah je. Stress betul! Maps juga boleh harap.

Sampai je kat sana, aku macam tergamam kejap. Rumah orang rupanya. Tapi orang ni buat kolam mandi guna tadahan air bukit. Memang tak pernah jumpa lagi kot aku.

Disebabkan dah makan so terus cari kolam lah anak-anak aku. Aku biar je bag baju dalam kereta simpan bag duit semua dalam bonet kereta, keluarkan henfon masuk kan kat dalam porsche bag laki aku sebab waterproof kekdahnya tapi tak adalah bawa mandi pun bag tu.


Aku suruh anak aku tanggal kan seluar biar pakai seluar dalam je. Dah sebab tak bangun lagi masa aku balik kerja tu kan. Ikhwan dengan Idlan pun sama aku pakaikan juga.

Apalagi si Iman "gedebush" masuk dalam air tapi cepat-cepat keluar balik sebab sejuk weh! Memang sejuk air nya macam mandi kat jeram atau pun air terjun tu sejuk nya.

Tapi dah nama nya air so budak-budak apa kisah sejuk ke tak mandi jugak lah diorang sejuk-sejuk tu pun. Seronok je aku tengok diorang walaupun bibir dah jadi warna biru. Hahaha.


Ikhwan lagi best, mana mahu nya nak mandi kat air yang cetek ni. Mandi sekejap lepas tu terus nak pergi kat yang tempat dalam sikit. Berani betul anak mama ni la. Mama yang takut tahu.

Korang jangan lah risau kalau anak korang kencing ke kat dalam air ni sebab tak sempat 'suam' punya sebab air kolam ni sentiasa mengalir tanpa henti sama sebiji macam kolam mandi biasa tu.

Tapi jangan lah bagi anak kau berak pulak dalam tu pulak. Bukan keluarga kau je yang nak mandi kat situ ya. Tak pasal-pasal kau kena halau pulak dengan tuan punya teratak ni kang.


Idlan ni kesian dia. Takut nak kena air tu entah sebab sejuk sangat ke, ramai orang ke, bising ke agaknya sebab menangis je dia nak dukung nak peluk tak nak lepas.

Tapi lama-lama lepas tu eh, nak pulak dia mandi sendiri.
Tak nak orang pegang tau.

Terketar-ketar bibir dia menahan sejuk air kolam tu.


Kolam yang ni la Ikhwan beria sangat nak masuk. Aku pula yang takut sebab paras pinggang dia boleh jatuh lemas nanti kalau terleka sesaat.

Memang berani budak ni. Ada jugak beberapa kali dia terjatuh macam lemas tapi dia cool je. Ikut perangai siapa la agaknya.


Si Iman ni tak habis-habis laaaa nak berkepit je dengan papa dia. Nak kata takut elok je dia mandi.

Mengada lebih je dia ni.

Nampak tak air tu bersih dan jernih je.
Memang best korang. Datang la sini bawa family ramai-ramai pun tak apa. Sebab murah sangat.


Nampak tu, seorang hanya RM 2.00 sahaja.
Kalau yang duduk luar Selangor tu boleh sewa homestay tapi aku dekat je.


Teratak Tokwan
44, Jalan Sepakat, Kampung Melayu Batu 16,
48000 Rawang, Selangor.



Comments