PANTAI TANJUNG BIRU, PORT DICKSON | BLUE LAGOON BEACH
Saja nak bawa Idlan mandi laut.
Abang-abang dia semua dah merasa walaupun tempat yang sama.
Tapi kali ni tempat yang sama cuma lokasi yang berbeza.
Nampak keriangan anak-anak aku kat situ?
Memang tempat ni sepatutnya aku pergi mula-mula dulu.
Tapi kenapa baru tahu?
Sebab aku tak tahu dan encik google tolong aku.
So ini lah tempat nya Pantai Tanjung Biru.
Benda pertama anak aku excited memang pasir lah dulu.
Main sepuas hati diorang sebab mama kasi chance.
Perasan sesuatu?
Redup bukan?
Ya, memang ini lah tempat yang aku damba kan.
Lagi sekali, kenapa aku lambat tahu.
Lagi best pantai ni ombak nya tak kuat.
Kawasan yang air nya tak dalam.
Nampak aku boleh biarkan anak main tanpa pengawasan ketat.
Cuma perhatikan dari jauh sambil aku makan bawah pokok redup lalu angin bertiup sayup.
Memang ini lah dipanggil 'HEAVEN'.
Dan sambil tu jugak aku biarkan Idlan main pasir buat pertama kali nya untuk dia. Seronok nya dia hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Pantai kat sini bersih dan jauh daripada asap rokok sebab orang tak ramai. Orang tak pilih tempat ni sebab air nya tak deras dengan ombak sebab tu sesuai untuk budak.
Anak aku main dengan cara diorang sendiri. Iman pegang botol tu sebab tengah kumpul siput-siput yang banyak kat situ.
Ikhwan main pasir kaut guna sudu. Itu je mainan nya dah boleh buat diorang main berjam-jam.
Sampai kulit diorang terbakaq.
'Sunburn' gitew bak kata orang putih.
Budak pertama kali jumpa air laut. Takut juga mula-mula tapi lama-lama suka sampai tak mahu naik.
Air laut kat sini surut cepat.
Kata air pasang pagi surut pukul 5 kan?
Tapi....
Tengok belakang Iman tu?
Kitorang dah jauh daripada pantai tapi laut masih cetek.
Sebab pukul 2 lebih air dah mula surut perlahan-lahan.
Dalam pukul 4 macam tu air dah jauh ke tengah.
Ni lah hasil bagi mandi laut dan bagi main pasir.
Dia tidur lena sangat.
Kepenatan barangkali tapi dia lena sendiri sebab angin sayup buat mata dia layu. Memang aku tak salah pilih tempat lah kali ni.
Hari Raya 2017 ada pergi sini juga. Tapi ramai la pulak orang ingatkan raya-raya orang tak pergi sini.
Lepas tu pergi Teluk Kemang.
Sekali Idlan nangis-nangis tak mahu mandi.
Orang terlampau ramai dan bising.
Kekwat anak aku ni.Hahaha
Lalu kami pun balik. K.bye.
Comments
Post a Comment